Mujahidah Fisabilillah

Friday, July 9, 2010

syaitan menolong orang ke masjid


Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab ?Aku
adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

~wallahualam~

Tanda2 Kematian Kepada Orang Islam


Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI. Firman Allah SWT;Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu matimaka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28) Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

musuh islam merosakkan wanita muslimah


MUSUH-MUSUH Islam menggunakan bermacam-macam cara untuk merosak wanita muslimah dalam semua aspek kehidupannya. Di antara cara yang mereka lakukan adalah: a. Berita-berita media massa,sama ada media cetak mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dalam membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk yang diperlukan wanita dan kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita-wanita yang tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah. b. Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas. c. Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai syariat dan budaya Islam. d. Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam,seperti kehidupan para artis dan penyanyi. e. Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian,kasut dan lain-lain. f. Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur dengan lelaki. g. Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau akhbar yang diberi nama: sastera, pena pembaca,dialog,dan lain-lainnya. h. Kolum perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan bebas. Paul,seorang misionari jerman (1879), pernah berkata: "Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita." Muhammad Thala'at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar'atu wal Hijab berkata: "Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat) sejak dulu."

KOD E.....


Untuk manfaat bersama dipanjangkan mesej dibawah:



Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di
Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya
adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan-
bahan produk tersebut harus terlebih dahul mendapat izin dari Badan
pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan
tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis
bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah
namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti
E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik
tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut
kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang
tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia
kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang
ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin
didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk
daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di
negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi
mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan
dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha
menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi
tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat
perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang
memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah
dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu,
lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut
.Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut
dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa
dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan
aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat-
ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan
nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal
di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke
negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit
perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda
mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat
itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua
melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga
mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya
mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak
babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu
sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan
sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian
(orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak
berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan
penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua
orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam
mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut
adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut
haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak
mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru
tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang
sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual
produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa
mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya
diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod
tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di
banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis
permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan
dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk
makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan
barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh
negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali
sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa
malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih
dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya
dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut
ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat
dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung
lemak babi.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.


Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Gelagat Syaitan d tempat Kenduri♣


Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.
Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit,
mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki.
Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.
Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu
adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak
mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan
pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di
leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.
Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh
isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan
(kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam
piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan
melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.
Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih
sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada
syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat
syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan
pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan
bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil
mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan
Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina
tersebut sgt menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah
orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika
hendak makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.....
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.
Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu krn agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Sunday, July 4, 2010

۞ 1 Jawapan Untuk 3 Soalan ۞


Ada seorang pemuda Yahudi datang berjumpa Imam Abu Hanifah untuk bertanyakan 3 soalan kepadanya..
Pemuda Yahudi: Kamu siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaanku?
Imam Abu Hanifah: Aku hamba Allah dan dengan izin-Nya aku akan menjawab pertanyaanmmu.
Pemuda Yahudi: Kamu yakin? Sedangkan ramai bijak pandai dan cendikiawan tidak mampu menjawab pertanyaanku ini.
Imam Abu Hanifah: Aku akan mencuba sejauh kemampuanku.

Pemuda Yahudi: Aku ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang benar Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepadaku!
2. Apakah yang di namakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukan ia ke neraka yang dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernahberfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam Abu Hanifah menampar pipi pemuda Yahudi tadi dengan keras.
Pemuda Yahudi (sambil menahan sakit): Kenapa? Kamu marah kepadaku?
Imam Abu Hanifah: Aku tidak marah... Tamparan itu adalah jawapanku atas 3 pertanyaan yang kamu ajukan kepadaku.
Pemuda Yahudi: Aku sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam Abu Hanifah: Bagaimana rasanya tamparanku?
Pemuda Yahudi: Tentu saja aku merasakan sakit.
Imam Abu Hanifah: Jadi kamu percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda Yahudi: Ya!
Imam Abu Hanifah: Tunjukan padaku wujud sakit itu! Maka itulah jawapan untuk pertanyaan pertama...
Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.
Pemua Yahudi tadi terdiam.
Imam Abu Hanifah: Apakah tadi malam kamu bermimpi akan ditampar olehku?
Pemuda Yahudi: Tidak.
Imam Abu Hanifah: Apakah pernah terfikir olehmu akan menerima sebuah tamparan dariku hari ini?
Pemuda Yahudi: Tidak.
Imam Abu Hanifah: Itulah yang dinamakan takdir.
Imam Abu Hanifah: Terbuat dari apa tangan yang aku gunakan untuk menamparmu?
Pemuda Yahudi: Kulit.
Imam Abu Hanifah: Terbuat dari apa pipimu?
Pemuda Yahudi: Kulit.
Imam Abu Hanifah: Bagaimana rasanya tamparanku?
Pemuda Yahudi: Sakit.
Imam Abu Hanifah: Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan itu.



*Majukan atau Tandakan peringatan ini kepada rakan atau orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH