Mujahidah Fisabilillah

Tuesday, November 30, 2010

Kasyaf


Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri mereka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.



Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.



Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:



1) Kasyaf Mata



Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.



2) Kasyaf Telinga



Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.



3) Kasyaf Mulut



Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya masin seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.



4) Kasyaf Akal



Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.



5) Kasyaf Hati



Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, "Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah". Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.

Monday, August 16, 2010

Memperkenalkan Islam kepada Non Muslim

Dakwah kepada orang bukan Islam perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat peringatan yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik."

Dalam melaksanakan dakwah kepada orang bukan Islam, beberapa perkara penting perlu diperhatikan oleh para pendakwah.
Perkara-perkara tersebut adalah berkaitan dengan latar belakang pendakwah, latar belakang mad'u (orang yang didakwahkan) dan kaedah menyampaikan Islam.

Latar Belakang Pendakwah

Seruan kepada Islam adalah seruan yang berisi. Ia seruan yang bererti dan membawa kesan yang mendalam terhadap pendakwah itu sendiri. Ia juga adalah satu seruan yang terhasil daripada simpulan akidah yang tersemat kuat di dalam hatinya. Ia bukanlah seruan yang dia sendiri tidak mengamalkannya. Jika begitu titik-tolak dakwah, maka sifat-sifat mulia dan Islam yang ada pada diri pendakwah itu sebenarnya adalah sesuatu secara tabi'i sudah dimilikinya.

Tidak sukar bagi pendakwah yang istikamah dengan dakwah untuk melakukan dakwah secara "bil hal" dalam menyahut pepatah Arab "Lisanul hal afsahu min lisanul maqaal" (perbuatan lebih baik daripada lisan). Seorang pendakwah juga secara tabi'inya berdakwah dengan penuh keikhlasan kerana dakwahnya adalah bertolak daripada matlamat hidupnya yang agung, iaitu mencari keredhaan Allah.

Walau bagaimanapun, keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Para pendakwah juga perlu mempunyai penguasaan ilmu yang baik dan kepekaan yang tinggi terhadap suasana dakwahnya.

Latar Belakang Mad'u

Seorang pendakwah perlu bijak menganalisa latar belakang mad'unya.Ini akan mamudahkannya mencari jalan terbaik dalam menyampaikan dakwah kepada mad'u tersebut. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:

i. Minat mad'u terhadap perkara ketuhanan dan agama Islam.
Jika mereka berminat terhadap perkara berkaitan ketuhanan dan agama Islam, adalah lebih mudah untuk mendekati mereka dengan Islam. Jika tidak, mereka perlulah diajak berfikir dahulu tentang Tuhan dan perlu membuktikan kepada mereka tentang kewujudan Tuhan.

ii. Ilmu mad'u terhadap agama Islam.
Jika ilmu mereka mengenai Islam kurang, kemungkinan kekosongan mereka terhadap ilmu tersebut diisi dengan persepsi yang negatif terhadap Islam. Dalam keadaan ini, pendekatan terbaik yang boleh dijalankan oleh pendakwah ialah dengan memberikan penjelasan berkaitan persepsi negatif mereka terhadap Islam.

iii. Keterbukaan fikiran mad'u
Mad'u yang mindanya terbuka lebih mudah dibawa kepada perbincangan mengenai subjek dakwah. Bagi mad'u yang tidak begitu terbuka mindanya, pendakwah memerlukan jalan yang lebih panjang untuk membuka minatnya terlebih dahulu terhadap perkara yang bakal dibincangkan dan memastikannya bersikap lebih positif terhadap usaha dan mesej dakwahnya.

iv. Bersikap negatif terhadap pendakwah.
Mad'u yang bersikap negatif terhadap pendakwah walaupun fikirannya terbuka untuk menerima mesej pendakwah tersebut mungkin terhasil daripada didikan keluarga, suasana hidupnya atau pengalaman silamnya. Sikap positif atau negatif boleh memberi kesan kepada penerimaan seseorang terhadap dakwah, kerana ia adalah suatu sikap yang telah terbina dan sukar diubah daripada individu tersebut. Jika sikapnya positif, adalah lebih mudah untuk pendakwah berkongsi Islam dengannya. Namun, bagi mad'u yang bersikap negatif, ia akan mengambil masa yang agak lama bagi pendakwah untuk mengubah persepsinya terhadap kehidupan beragama dan Islam.

v. Kepentingan peranan keluarga.
Tidakkah Rasulullah saw telah bersabda bahawa keluargalah yang menyebabkan seseorang lahir fitrahnya Islam itu menjadi yahudi, majusi atau nasrani? Oleh itu, persoalan ini cukup penting untuk mengetahui agama apa yang dianutinya dan sejauh mana kuatnya pegangan keluarganya. Walaupun seseorang bukan Islam itu sudah yakin dengan Islam, tetapi faktor keluarganya mungkin akan menghalangnya daripada meneruskan nianya untuk memeluk agama Islam.

vi. Pengetahuan mengenai agama mad'u.
Cara mendekati seorang kristian, hindu, sikh, animist atau agama-agama yang lain adalah berbeza antara satu sama lain. Ini memerlukan pendakwah mempunyai penguasaan yang baik terhadap perbezaan antara agama tersebutdengan Islam supaya pendakwah tersebut melakukan pendekatan yang betul dan berkesan terhadap mad'unya.

('Jom Berdakwah' oleh Tuan Haji Muhammad Abdullah @ nicholas sylvester)

Saturday, August 14, 2010

untukmu Wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Doa buat Sahabat


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.



Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.



Ya Allah…

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.



Ya Allah…

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.



Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.



Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.



Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.



Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.



Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.



Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.



Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.



Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.



Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.



Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

Amin...

Ditujukan buat yang digelar MUSLIMAH

1) SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MUHRIM UNTUK SOLAT DI MANA

AZAN DILAUNGKAN


-wanita hendaklah s0lat d awal waktu kerana risaukan 3 perkara iaitu:

i.Ajal yg datang tnpa d sangka2

ii.datang bulan yg tdak djangka waktunya

iii.kedatangan tetamu ke rumah

-sebenarnya,sebaik2 tempat s0lat bg wanita adalah d rumahnya sendiri



2) ISTIQAMAH MEMBACA QURAN & ZIKIR

a.Al-Quran

-Sabda Nabi Muhammad saw..

'Tetaplah kamu mmbaca Al-Quran kerna ia adalah NUR untk kehidupan &

bekalan untk hari akhirat. ia merupakan kekasih d dalam kubur & pemberi

syafaat d akhirat kelak.."

-hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerna kite wajib mengkhatam Al-Quran 2 thn sekali..ia juga merupakan hak Al-Quran..dikatakan jika kite ingin menghabiskan bacaan kite,kite hendaklah membaca 4muka @2helai

-Ajarkan Al-Quran kpd anak2 dan membiasakan mereka mmbacanya stiap hari, & jdkan salah se0rg drpd anak kite hafiz Al-Quran

b.Zikir

-Kite hendaklah istiqamah mengingat Allah tdak kire dlm apa jua keadaan, dan hendaklah berzikir sebanyak yg mungkin se0lah2 kite mlihat Allah & Allah mlihat kite

-kite kne berusaha untk habiskan zikir 300x pg & 300x ptg iaitu slepas waktu subuh & asar


3) ISTIQAMAH MENGADAKAN MAJLIS TA'LIM TA'LUM

-merupakan 1 pr0ses blaja & mengajar

-hdupkan majlis ta'lim & ta'lum d rumah scara istiqamah krna ia akan mndtgkan kesan yg baik pd dri kite

-majlis ini dhadiri 0leh para malaikat & ia merupakan sunnah rasullullah saw..

-fadhilatnya :

i.rumah yg istiqamah mngadakn majlis ini akan brcahaya spti bintang2 bg penduduk langit..

ii.Allah akan turunkan sakinah & keberkatan serta rahmatnya dlam rumahtgga kite.

iii.Syaitan2 akn keluar & para malaikat akan sentiasa melindungi kite..


4) MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM

-Kite kne pastikan supy kite wujudkan suasana madrasah dlm rumah kite untk kite dpatkan suasana iman & amal,supy seng untk kite didik anak2 kite..

-Dekatkanlah anak2 kite dgan kisah2 para sahabat supy akhlak mereka sperti sahabiah2 dahulu..

-ajarkan mereka juga d0a2 masnun & supy mereka yakin dgan Allah, dan terapkan sunnah2 rasullullah saw dlm kehidupan mereka..

-''didiklah anakmu dgan 3 prkara iaitu, Cinta kpd nabi mereka,cinta kpd ahli keluarga dan bacalah Al-Quran


5) HIDUP BSEDERHANA

-hiduplah scara bsederhana,ikt kmampuan..

-luangkan masa untk melakukan bnyak amal ibadat..

-lihat 0rg yg lebih miskin supy kte akan merasa syukur dgan kurniaan Allah SWT..


6) MENGGALAKKAN MUHRIM BERMUJAHADAH

-galakkan suami untk keluar brdakwah untk menegakkan agama Allah supy

iman & amal dpt wujud dlam rumahtgga kte..

wallahu 'alam.... ^_^

Friday, July 9, 2010

syaitan menolong orang ke masjid


Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab ?Aku
adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

~wallahualam~

Tanda2 Kematian Kepada Orang Islam


Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI. Firman Allah SWT;Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu matimaka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28) Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.