Mujahidah Fisabilillah

Monday, August 16, 2010

Memperkenalkan Islam kepada Non Muslim

Dakwah kepada orang bukan Islam perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat peringatan yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik."

Dalam melaksanakan dakwah kepada orang bukan Islam, beberapa perkara penting perlu diperhatikan oleh para pendakwah.
Perkara-perkara tersebut adalah berkaitan dengan latar belakang pendakwah, latar belakang mad'u (orang yang didakwahkan) dan kaedah menyampaikan Islam.

Latar Belakang Pendakwah

Seruan kepada Islam adalah seruan yang berisi. Ia seruan yang bererti dan membawa kesan yang mendalam terhadap pendakwah itu sendiri. Ia juga adalah satu seruan yang terhasil daripada simpulan akidah yang tersemat kuat di dalam hatinya. Ia bukanlah seruan yang dia sendiri tidak mengamalkannya. Jika begitu titik-tolak dakwah, maka sifat-sifat mulia dan Islam yang ada pada diri pendakwah itu sebenarnya adalah sesuatu secara tabi'i sudah dimilikinya.

Tidak sukar bagi pendakwah yang istikamah dengan dakwah untuk melakukan dakwah secara "bil hal" dalam menyahut pepatah Arab "Lisanul hal afsahu min lisanul maqaal" (perbuatan lebih baik daripada lisan). Seorang pendakwah juga secara tabi'inya berdakwah dengan penuh keikhlasan kerana dakwahnya adalah bertolak daripada matlamat hidupnya yang agung, iaitu mencari keredhaan Allah.

Walau bagaimanapun, keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Para pendakwah juga perlu mempunyai penguasaan ilmu yang baik dan kepekaan yang tinggi terhadap suasana dakwahnya.

Latar Belakang Mad'u

Seorang pendakwah perlu bijak menganalisa latar belakang mad'unya.Ini akan mamudahkannya mencari jalan terbaik dalam menyampaikan dakwah kepada mad'u tersebut. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:

i. Minat mad'u terhadap perkara ketuhanan dan agama Islam.
Jika mereka berminat terhadap perkara berkaitan ketuhanan dan agama Islam, adalah lebih mudah untuk mendekati mereka dengan Islam. Jika tidak, mereka perlulah diajak berfikir dahulu tentang Tuhan dan perlu membuktikan kepada mereka tentang kewujudan Tuhan.

ii. Ilmu mad'u terhadap agama Islam.
Jika ilmu mereka mengenai Islam kurang, kemungkinan kekosongan mereka terhadap ilmu tersebut diisi dengan persepsi yang negatif terhadap Islam. Dalam keadaan ini, pendekatan terbaik yang boleh dijalankan oleh pendakwah ialah dengan memberikan penjelasan berkaitan persepsi negatif mereka terhadap Islam.

iii. Keterbukaan fikiran mad'u
Mad'u yang mindanya terbuka lebih mudah dibawa kepada perbincangan mengenai subjek dakwah. Bagi mad'u yang tidak begitu terbuka mindanya, pendakwah memerlukan jalan yang lebih panjang untuk membuka minatnya terlebih dahulu terhadap perkara yang bakal dibincangkan dan memastikannya bersikap lebih positif terhadap usaha dan mesej dakwahnya.

iv. Bersikap negatif terhadap pendakwah.
Mad'u yang bersikap negatif terhadap pendakwah walaupun fikirannya terbuka untuk menerima mesej pendakwah tersebut mungkin terhasil daripada didikan keluarga, suasana hidupnya atau pengalaman silamnya. Sikap positif atau negatif boleh memberi kesan kepada penerimaan seseorang terhadap dakwah, kerana ia adalah suatu sikap yang telah terbina dan sukar diubah daripada individu tersebut. Jika sikapnya positif, adalah lebih mudah untuk pendakwah berkongsi Islam dengannya. Namun, bagi mad'u yang bersikap negatif, ia akan mengambil masa yang agak lama bagi pendakwah untuk mengubah persepsinya terhadap kehidupan beragama dan Islam.

v. Kepentingan peranan keluarga.
Tidakkah Rasulullah saw telah bersabda bahawa keluargalah yang menyebabkan seseorang lahir fitrahnya Islam itu menjadi yahudi, majusi atau nasrani? Oleh itu, persoalan ini cukup penting untuk mengetahui agama apa yang dianutinya dan sejauh mana kuatnya pegangan keluarganya. Walaupun seseorang bukan Islam itu sudah yakin dengan Islam, tetapi faktor keluarganya mungkin akan menghalangnya daripada meneruskan nianya untuk memeluk agama Islam.

vi. Pengetahuan mengenai agama mad'u.
Cara mendekati seorang kristian, hindu, sikh, animist atau agama-agama yang lain adalah berbeza antara satu sama lain. Ini memerlukan pendakwah mempunyai penguasaan yang baik terhadap perbezaan antara agama tersebutdengan Islam supaya pendakwah tersebut melakukan pendekatan yang betul dan berkesan terhadap mad'unya.

('Jom Berdakwah' oleh Tuan Haji Muhammad Abdullah @ nicholas sylvester)

Saturday, August 14, 2010

untukmu Wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Doa buat Sahabat


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.



Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.



Ya Allah…

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.



Ya Allah…

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.



Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.



Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.



Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.



Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.



Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.



Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.



Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.



Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.



Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.



Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

Amin...

Ditujukan buat yang digelar MUSLIMAH

1) SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MUHRIM UNTUK SOLAT DI MANA

AZAN DILAUNGKAN


-wanita hendaklah s0lat d awal waktu kerana risaukan 3 perkara iaitu:

i.Ajal yg datang tnpa d sangka2

ii.datang bulan yg tdak djangka waktunya

iii.kedatangan tetamu ke rumah

-sebenarnya,sebaik2 tempat s0lat bg wanita adalah d rumahnya sendiri



2) ISTIQAMAH MEMBACA QURAN & ZIKIR

a.Al-Quran

-Sabda Nabi Muhammad saw..

'Tetaplah kamu mmbaca Al-Quran kerna ia adalah NUR untk kehidupan &

bekalan untk hari akhirat. ia merupakan kekasih d dalam kubur & pemberi

syafaat d akhirat kelak.."

-hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerna kite wajib mengkhatam Al-Quran 2 thn sekali..ia juga merupakan hak Al-Quran..dikatakan jika kite ingin menghabiskan bacaan kite,kite hendaklah membaca 4muka @2helai

-Ajarkan Al-Quran kpd anak2 dan membiasakan mereka mmbacanya stiap hari, & jdkan salah se0rg drpd anak kite hafiz Al-Quran

b.Zikir

-Kite hendaklah istiqamah mengingat Allah tdak kire dlm apa jua keadaan, dan hendaklah berzikir sebanyak yg mungkin se0lah2 kite mlihat Allah & Allah mlihat kite

-kite kne berusaha untk habiskan zikir 300x pg & 300x ptg iaitu slepas waktu subuh & asar


3) ISTIQAMAH MENGADAKAN MAJLIS TA'LIM TA'LUM

-merupakan 1 pr0ses blaja & mengajar

-hdupkan majlis ta'lim & ta'lum d rumah scara istiqamah krna ia akan mndtgkan kesan yg baik pd dri kite

-majlis ini dhadiri 0leh para malaikat & ia merupakan sunnah rasullullah saw..

-fadhilatnya :

i.rumah yg istiqamah mngadakn majlis ini akan brcahaya spti bintang2 bg penduduk langit..

ii.Allah akan turunkan sakinah & keberkatan serta rahmatnya dlam rumahtgga kite.

iii.Syaitan2 akn keluar & para malaikat akan sentiasa melindungi kite..


4) MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM

-Kite kne pastikan supy kite wujudkan suasana madrasah dlm rumah kite untk kite dpatkan suasana iman & amal,supy seng untk kite didik anak2 kite..

-Dekatkanlah anak2 kite dgan kisah2 para sahabat supy akhlak mereka sperti sahabiah2 dahulu..

-ajarkan mereka juga d0a2 masnun & supy mereka yakin dgan Allah, dan terapkan sunnah2 rasullullah saw dlm kehidupan mereka..

-''didiklah anakmu dgan 3 prkara iaitu, Cinta kpd nabi mereka,cinta kpd ahli keluarga dan bacalah Al-Quran


5) HIDUP BSEDERHANA

-hiduplah scara bsederhana,ikt kmampuan..

-luangkan masa untk melakukan bnyak amal ibadat..

-lihat 0rg yg lebih miskin supy kte akan merasa syukur dgan kurniaan Allah SWT..


6) MENGGALAKKAN MUHRIM BERMUJAHADAH

-galakkan suami untk keluar brdakwah untk menegakkan agama Allah supy

iman & amal dpt wujud dlam rumahtgga kte..

wallahu 'alam.... ^_^