Mujahidah Fisabilillah

Saturday, June 19, 2010

Apa itu Dosa?


Dosa dalam bahasa Arab disebut dgn bberapa kalimah iaitu al-zanb, al-jurm/al-jarimah, al-khathiah & al-ma'shiyyah.

Dari segi bahasa jika drujuk kpd kalumah "al-ma'shiyyah", maka dosa brmaksud "Melanggari perintah" atau "Enggan mentaati perintah". Adapun dlm istilah syara', dosa brmaksud;
"Setiap perkara yg menyalahi perintah Allah sma ada mngabaikan apa yg dsuruhNya atau melakukan apa yg dtegahNya".

Dosa dlm takrifan ini adalah umum mrangkumi semua jenis dosa sama ada besar atau kecil.

Sabda Rasulullah s.a.w; "sesungguhnya Allah Taala telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaukannya (yakni meninggalkannya). dan Ia telah menetapkan beberapa hudud (batasan, maka janganlah kamu melampauinya. dan Ia juga telah diam dari beberapa perkara sebagai kelonggaran bagi kamu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu cuba menyelidiknya. (Riwayat Imam Daruqutni dn lain2nya dari Abi Tha'labah Jurthum n Nasyir al-Khusyani r.a)

Dosa yg dlakukan manusia terbahagi kpd 2 bntuk:
1. Dosa dgn Allah, iaitu dosa antara hamba dgn Allah. Dosa iini ada 2 jnis pula:
a)Dosa kerana mninggalkan kewajipan2 yg dwajibkan Allah ke atas kita seperti dosa meninggalkan solat, puasa, zakat & sebagainaya.
b)Dosa kerana mengerjakan perkara yg dlarang atau dtegah Allah seperti dosa minum arak,, makan riba & sebagainya.

2. Dosa dgn makhluk, iaitu yg bersangkutan dgn hak2 hamba Allah. Dosa dari kategori ini ada beberapa jenis pula,
a)Yg berkait dgn jiwa seperti dosa membunuh, mencederakan & sebagainya.
b)Yg berkait dgn harta seperti dosa mencuri, merompak, merampas & sebagainya.
c)Yg berkait dgn kehormatan/harga diri seperti dosa mengumpat, menuduh dgn tuduhan palsu & sebagainya.
d)Yg berkait dgn agama seperti dosa mengkafirkan seseorang, membid'ahkannya, menyesatkannya & sebagainya.

Dosa yg berkait dgn hak2 hamba adalah lebih sukar kerana ia akan terus tertanggung atas bahu orang yg melakukannya selagi ia tidak diampunkan oleh orang yg dizaliminya. Berbanding dgn dosa sesama manusia, dosa dgn Allah adalah hampir & lebih diharapkan keampunan ke atasnya dgn syarat tidak mensyirikkan Allah. Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, & DIa mengampuni segala dosa yg selain dari (syirik) itu, bagi siapa yg dikehendakiNya. Barangsiapa yg mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yg besar" (an-Nisa':48)

Allahu 'alam...

No comments:

Post a Comment