Mujahidah Fisabilillah

Saturday, June 19, 2010

Rahib pada Malam Hari, Pejuang pada Siang Hari


Allah Taala menjelaskan hubungan antara perintah solat & puasa dgn perintah sosial, d mana perintah pertama adalah sebagai langkah awal untuk perintah kedua. Akidah yg sahih pula adalah asas untuk perintah kedua-dua perintah. Tujuannya, supaya manusia tidak menjadikan perintah tadi sebagai alasan untuk tidak melakukan kewajipan individu mereka dgn alasan mereka telah beramal untuk semua manusia. Dlm masa yg sama ia tidak menjadi alasan kpd semua manusia dgn alasan mereka sibuk dgn ibadah mereka & menghabiskan sepenuh masa menghadap Tuhan.

"Dan siapakah orang yg lebih benar perkataan(Nya) drpd Allah". (an-Nisa':87)

Wahai umat Islam, mengabdikan diri kpd Tuhan kamu & berjihad demi memartabatkan agama & syari'at kamu adalah tanggungjawab kamu dlm hidup in. Jika kamu telah menunaikan tanggungjawab ini dgn bersungguh-sungguh, kamu adalah golongan yg beroleh kejayaan. Jika kamu hanya melaksanakan separuh atau kamu abaikannya sama sekali; firman Allah s.w.t:

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara mani2 (saja), & bahawa kamu tidak akan dikembalikan kpd Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yg Sebenarnya." (al-Mukminun: 115-116)

Atas dasar inilah para sahabat Rasulullah s.a.w yg merupakan manusia yg dpilih oleh Allah & hamba2Nya yg soleh disifatkan sebagai 'Rahib di malam hari, pejuang di siang hari'. Pada waktu malam mereka dilihat berdiri di mihrab, mengusap janggut, mulut berkumat-kamit & menangis sayu. Mereka berkata ; "WAhai dunia, perdayalah orang lain selain aku." apabila fajar menyinsing & gendang perang dipalu memanggil para mujahidin, lihat mereka memacu kuda, riuh rendah memnuhi medan pertempuran.
Demi Allah, inilah keseimbangan menakjubkan antara amalan & tugas di dunia dgn amalan & kerohanian akhirat. Inilah Islam yg telah berjaya menggabungkan segala yg terbaik...
Allahu 'alam....

No comments:

Post a Comment