Mujahidah Fisabilillah

Sunday, June 20, 2010

Memelihara Kebenaran dengan Kekuatan


Tepat sekali kata hikamah yg menyebut "Kekuatan adalah cara paling selamat untk menegakkan kebenaran. Alangkah baiknya jika kekuatan & kebenaran berjalan seiringan."

Jihad bagi mengembangkan dakwah Islam terutama bagi memelihara kesucian Islam adalah 1 kewajipan yg diletakkan oleh Allah ke bahu umat Islam sama seperti Allah mewajibkan mereka puasa, solat, haji, zakat, membuat kebaikan & menjauhi kejahatan. Allah mewajibkan & juga menggalakkan mereka melakukannya. Allah tidak mengecualikan sesiapa sahaja yg memiliki kekuatan & kemampuan. Ayat yg menyebut perintah ini datang dgn amaran yg cukup keras & 1 nasihat yg perlu diberikan perhatian.

"Berangkatlah kamu baik dlm keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, berjihadlah dgn harta & dirimu d jalan Allah.." (at-Taubah:41)

Allah telah mendedahkan rahsia d sebalik segala perintah & kewajipan ini kpd umat Islam. Allah menjelaskan bahawa Dia memilih mereka supaya menjadi peneraju manusia, pemelihara syari'atNya, menjadi wakilNya d bumi ini & sebagai pewaris Rasulullah s.a.w memikul dakwah baginda. Allah telah memantapkan syari'atNya, memudahkan segala hukum-hakamNya & menjadikab hukum-hakam ini sesuai untk semua zaman & tempat supaya ia boleh diterima oleh seluruh manusia. Melalui syari'at ini manusia akan meletakkan segala harapan & impian yg mereka nantikan.

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dgn jihad yg sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu & Dia sekali-kali tidak menjadikan untk kamu dlm agama suatu kesempitan. (Ikutlah) agama orang tuamu, Ibrahim. Dia(Allah) telah menamai kamu sekalian orang2 muslim dari dahulu, (& begitu pula) dkm (Al-Quran) ini, supaya rasul itu menjadi saksi atas dirimu & supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat & berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung & sebaik-baik Penolong." (al-Hajj:78)

Inilah tanggungjawab sisoal yg telah diserahkan oleh Allah kpd seluruh umat Islam. Mereka hendaklah berada dlm 1 saf, 1 ketumbukan & 1 kekuatan. Mereka hendaklah menjadi tentera penyelamat yg akan menyelamatkan seluruh manusia & membimbing mereka ke jalan yg betul.
Allahu 'alam...

2 comments:

  1. salam,
    orang yang bergerak dengan berani sudah menang sebelum bertempur! Salam perjuangan!

    ReplyDelete